Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

FGV: Panel Siasatan Siapkan...

SEPANG - Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dijangka menerima laporan daripada panel siasatan...

Nasib Malang Pencuri, Jatuh...

Houston - Sudah jahat, malang pula. Seorang pencuri mengalami nasib amat malang ketika...

Mangsa Banjir Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Sabah masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala keadaan di Pahang...

Mustapa Ketuai Delegasi Ke...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed...

Penyokong Pakatan Harapan Tekan Ahli Parlimen PAS

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terpaksa memberi alasan beliau protes dalam diam ke atas Bajet 2016 bagi meredakan kemarahan penyokong-penyokong Pakatan Harapan ke atas Ahli Parlimen PAS.

Penyokong Pakatan Harapan berang dengan Ahli Parlimen PAS kerana tidak menyertai pemimpin pembangkang lain melakukan perbuatan biadap mengangkat poster `Mana 2.6B?’ sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

“Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya ‘Mana 2.6B?’. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji Perdana Menteri sambil angkat buku bajet. Saya protes dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pada 23 Oktober lalu mencemari pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri dengan mempamerkan plakad bertulis ‘Mana RM2.6 billion?’.


Tindakan itu dilakukan Ahli Parlimen pembangkang terbabit ketika Najib yang juga Menteri Kewangan sedang mengakhiri pembentangan Bajet 2016 yang berlangsung dalam tempoh 90 minit, kira-kira jam 5.45 petang.

Bagaimanapun, menerusi gambar dapat dilihat semua Ahli Parlimen PAS tidak mengangkat plakad itu. –  MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]T1v6NpmcmN4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori