Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gila.. Sayur-Sayuran Di Lembah...

Cekik darah! Itu luahan pembeli sayur-sayuran apabila peniaga di Lembah Klang khususnya bertindak...

Antara Kuih Raya Yang...

ALDILFITRI dan kuih raya sememangnya tidak dapat dipisahkan dan boleh dikatakan hari raya...

VIDEO: Lelaki Dibelasah ‘Skodeng’...

GARA-GARA didakwa 'kantoi skodeng' dalam tandas wanita, seorang lelaki dibelasah selepas disoal siasat...

MAPIM Sokong Agong, Tak...

KAMI menyokong Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan Raja-raja Melayu yang menolak cadangan perlantikan...

Penyertaan PPBM Dalam PH Disambut Rasa Serba Salah

SHAH ALAM – Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan pembangkang disambut dengan rasa serba salah oleh banyak pihak dalam pakatan itu.

Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, politik perubahan menuntut banyak kompromi dan mereka perlu menerima PPBM yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Jika dulu kita mengatakan kepada Dr Mahathir bahawa tidak ada pemimpin yang wajar berkuasa penuh, maka kini kita berpeluang menunjukkan kepada beliau bagaimana rundingan yang rumit tetapi berprinsip seharusnya berlaku sebelum kita mengambil keputusan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional AMK Tahunan ke-12, di sini hari ini.

Pada Mac lalu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara secara rasmi menerima kemasukan PPBM dalam pakatan itu.


Dalam pada itu, Nik Nazmi turut mengusulkan cadangan agar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon perdana menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Tanpa ragu-ragu, AMK ingin mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan agar kita menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri dalam PRU akan datang,” katanya di hadapan kira-kira 100 perwakilan yang hadir ke kongres itu.

Pakatan pembangkang ketika ini masih tidak menamakan calon perdana menteri mereka jika berjaya memenangi PRU akan datang, walaupun sering kali dituntut berbuat demikian oleh pelbagai pihak. – BERNAMA

Kategori