Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemain Maut Lepas Seminggu...

KURANG daripada seminggu selepas mengetahui bakal menjadi ayah, pemain kelab bola sepak Chapecoense,...

UMNO Akan Pertahan Semua...

SHAH ALAM – UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wan Azizah Nafi PAS...

BUKIT MERTAJAM - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

ALF2 Catat Kutipan RM13...

JIKA ada sutradara dakwa konon filem mereka gagal ketika ini kerana faktor ekonomi...

Penternak Muda Harap BN Terus Memerintah

SETIU – Bukan sekadar membantu dari sudut kewangan, tetapi juga diberi kemudahan tanah untuk diusahakan bagi memberi peluang pemuda kampung berdikari dan mempunyai sumber pendapatan lumayan.

Kelebihan itu dinikmati oleh ramai anak muda di Terengganu terutama kepada mereka yang tidak berkemampuan tetapi bersedia mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan dan penternakan seperti mana yang ditekankan oleh kerajaan negeri menerusi program Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Salah seorang anak muda yang berjaya dalam menternak lembu, Mohd Ayub Mohd Yusoff, 26 mengakui bahawa tanpa motivasi dan bantuan daripada kerajaan negeri, agak sukar untuk beliau melepasi pelbagai dugaan terutama apabila haiwan ternakannya mati akibat serangan haiwan liar.

Menyedari penat lelah pihak yang membantunya selama ini, Mohd Ayub yang ditanya mengenai pilihannya dalam pilihannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini berkata: “Tentunya adalah Barisan Nasional (BN) kerana telah jelas membantu banyak pihak.”

“Sudah tentu saya kekal memilih kerajan sedia ada, yang telah banyak membantu kami, golongan penternak di Setiu ini dengan memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan agar kami terus berjaya dalam bidang ini,” katanya lagi.

Beliau yang kini mempunyai 48 ekor lembu setelah menceburi bidang pentenakan pada 2016 berkata pada permulaannya beliau mengeluarkan modal sebanyak RM2,000 dan kemudiannya diberi lagi modal tambahan oleh kerajaan selain bantuan khidmat nasihat.

Mohd Ayub berkata minatnya terhadap haiwan ternakan telah bermula sejak kecil hingga beliau sanggup berhenti kerja sebagai kelasi kapal di sebuah syarikat swasta semata-mata untuk meneruskan minatnya itu.

“Apabila mengetahui kerajaan ada menyediakan bantuan bagi penternak haiwan saya telah merujuk kepada Jabatan Veterinar Daerah Setiu bagaimana cara dan prosedur yang diperlukan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediaman beliau di Bukit Kecil, Chalok di sini.

Menurut Mohd Ayub beliau telah menerima bantuan pinjaman tujuh hektar tanah bagi mengusahakan tanaman rumput bagi tujuan komersil dan bekalan makanan buat haiwan ternakannya serta menerima bantuan benih rumput, kelengkapan mesin pemotong rumput, tong khas bagi membuat ‘silaj’ (rumput jeruk) serta rawatan terhadap haiwan ternakan.

“Daripada tujuh hektar tanah yang dipinjamkan oleh kerajaan saya mengusahakan lima hektar tanah untuk rumput minyak dan dua hektar lagi untuk rumput jenis napier. Selain dijadikan bekalan makanan haiwan ternakan saya turut memasarkan rumput tersebut setelah dijadikan sebagai silaj.


“Hasil daripada jualan rumput dan ternakan saya mampu meraih pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan yang mana lembu ternakan ini selalunya dibekalkan kepada peniaga-peniaga daging tempatan di sekitar daerah ini,” katanya.

Katanya lagi setiap apa perkara berkaitan dengan ternakan dan tanaman rumput tersebut beliau sentiasa mendapatkan bimbingan serta pemantauan daripada pihak veterinar daerah dan beliau juga telah beberapa kali menerima sijil penghargaan daripada jabatan itu.

Walaupun pada peringkat awal beliau terpaksa berhadapan dengan cabaran apabila haiwan ternakannya mati akibat serangan binatang liar menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit tetapi dengan inisiatif pihak jabatan memberi bantuan kewangan untuk pembinaan pagar telah berjaya mengatasi masalah itu.

Baginya, bantuan yang disalurkan itu belum tentu akan diberi oleh parti lain dan kelebihan yang diperolehnya bukan sekadar untuk dirinya sendiri tetapi juga turut dinikmati anak muda lain serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang ada antaranya ketinggalan dalam pendidikan.

“Saya pernah bekerja dengan pendapatan tetap bulanan yang lumayan namun kerana cintakan haiwan ternakan lembu ini saya sanggup mengambil risiko yang tinggi dengan melepaskan pekerjaan tersebut, tetapi dengan segala bantuan kemudahan yang diberi oleh kerajaan saya berjaya menjadi seorang penternak yang berjaya walaupun masih baru dalam bidang ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar lebih ramai belia kampung akan menyertai program seumpama itu untuk mengubah kehidupan yang lebih baik dan tidak putus asa pada peringkat awal memulakan sesuatu usaha dalam bidang seperti ini. – BERNAMA

Kategori