Penjawat Awam Majoriti Melayu Tak Cukupkah? – DAP

KUALA LUMPUR – DAP menafikan kaum China mendominasi Malaysia kerana banyak aspek dalam negara ini terutama politik dan jawatan penting kerajaan dipegang oleh orang Melayu.

Pembantu Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.

“Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina.

“Ini bermakna bahawa orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil juga mendakwa, sebahagian besar ekonomi negara juga didominasi oleh kaum Melayu melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau menolak tanggapan bahawa masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan terpaksa menjadi “pengemis” kepada kaum Cina.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menjelaskan, Melayu tidak lagi mempunyai kuasa kerana mereka berpecah kepada tiga parti.

Keadaan tersebut juga katanya, menyebabkan orang Melayu terbahagi kepada tiga parti minoriti sedangkan ia sepatutnya menjadi majoriti. – myewshub.cc

Loading...