Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Budak Diculik Di...

DRAMA penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang, Selangor yang menjadi viral...

Vokal Dikritik Tidak Halang...

PETALING JAYA - Ketika kemampuan vokal Fattah Amin menerusi lagu Wanita Terakhir mendapat...

Pemandu Maut Ditindih Muatan...

KOTA KINABALU - Seorang pemandu maut ditindih muatan kayu balak selepas lori treler...

TH Akan Mesyuarat Bicang...

YAN - Tabung Haji akan bermesyuarat bagi membincangkan soal tarikh yang sesuai untuk...

Pengundi Seri Setia Mula Kenali Bendera, Simbol PH

PETALING JAYA – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dilihat semakin mengenali bendera dan simbol Pakatan Harapan (PH) yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 8 Sept ini.

Calon PH bagi PRK itu Halimey Abu Bakar berkata berdasarkan pemerhatian dan maklum balas para pengundi di DUN berkenaan yang ditemuinya sejak hari pertama berkempen sehingga semalam, ramai dalam kalangan mereka juga telah mengenali beliau sebagai calon PH.

“Apabila saya turun berkempen, ramai telah mengenali saya yang bertanding sebagai calon PH, kadang-kala saya pula segan kerana ramai meminta untuk swafoto, saya amat berterima kasih kepada pihak media yang banyak membuat liputan ke atas kempen saya dan memperkenalkan saya kepada pengundi.

“Walaupun sudah dikenali, kita tidak mahu ambil mudah perkara ini dan kami akan terus mempergiat usaha untuk menarik ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 8 Sept ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Buat pertama kalinya dalam PRK DUN Seri Setia dan Balakong yang berlangsung serentak, bendera serta simbol PH digunakan sejak gabungan berkenaan yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditubuhkan.

Keempat-empat parti gabungan itu sebelum ini menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14, berikutan menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

​​​​​​​Dalam pada itu, Halimey berkata sekiranya diberi mandat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri pada hari pengundian nanti, beliau berjanji akan menjadi wakil rakyat bagi semua kaum di kawasan berkenaan dan memegang amanat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ‘anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita dan anak India anak kita’.

Menurut beliau, adalah menjadi dasar PH untuk menjaga kebajikan semua kaum dan ia dapat dilihat menerusi barisan kepimpinan kabinet PH yang ditubuhkan.


“Kepelbagaian kaum dan agama yang ada merupakan aset penting yang menjadi asas kejayaan dan pembangunan negara kita, termasuk Selangor dan Seri Setia.

“Buktinya boleh dilihat pada pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat di mana dalam programnya seperti Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Mesra usia Emas dan Skim Peduli Sihat tiada kuota melibatkan kaum dikenakan sebagai syarat memohon dan kelulusan akan diberi kepada mereka tanpa mengira kaum,” katanya.

Tambah Halimey beliau juga akan memberikan sokongan tanpa pilih kasih kepada sambutan keagamaan atau kebudayaan di DUN berkenaan selagi mana ia tidak mendatangkan mudarat kepada keselamatan orang ramai.

Bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon PAS, bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali pada PRK berkenaan yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus. – BERNAMA

Kategori