Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Nelayan Hilang Selepas...

DUNGUN - Empat nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang dilaporkan selamat selepas bot gentian...

Motonation 2018 Bakal Jadi...

SHAH ALAM - Hari ini, telah berlangsung majlis pelancaran bagi acara Motonation 2018...

Jenazah Zainuddin Dibawa Keluar...

PUTRAJAYA - Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa keluar dari...

Pontianak Bina Pontianak 100...

JAKARTA - Pihak berkuasa Kalimantan Barat sedang merancang untuk mendirikan sebuah patung hantu...

Pengundi Parlimen Pasir Salak Bantah Sempadan Semula

IPOH – Sebanyak 2,700 pengundi dari tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Parlimen Pasir Salak membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bantahan difailkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangi penduduk terlibat sebelum diserah kepada wakil SPR oleh Pengerusi Badan Bertindak Bantahan Persempadanan Semula Parlimen Pasir Salak Dr Faizal Tajuddin di sini hari ini.

Faizal berkata PDM yang terlibat antaranya Sungai Jejawi, Sungai Rubana, Ladang Seberang, Sungai Durian, Teluk Bari dan Tanjung Kubu.

Beliau berkata sekiranya persempadanan semula diteruskan, pihaknya bimbang bilangan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 mungkin merosot kerana terdapat pengundi yang menyatakan hasrat untuk tidak keluar mengundi.

“Perkara ini membimbangkan kerana salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) SPR ialah memastikan pengundi keluar mengundi semasa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita di sini.


Sehubungan itu, beliau berharap SPR akan meneliti dan menimbangkan bantahan yang dikemukakan oleh pihaknya tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang berkepentingan.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori