Dalam Poster Ada, Tapi Anwar Ibrahim Tak Datang Kempen PRK

TUMPAT (Kelantan) – Parti PAS malam tadi mengambil kesempatan malam terakhir sebelum kempen berakhir pukul 12 tengah malam esok untuk terus membuat tohmahan jahat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun PAS dilihat menggunakan taktik berbeza apabila memaparkan gambar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam poster bersama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dari DAP Lim Kit Siang dikatakan berceramah malam ini.

Bagaimanapun sebenarnya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat DAP itu tidak hadir bukan sahaja pada malam ini tetapi sejak hari penamaan calon pada 13 September lepas lagi.

Tidak diketahui mengapa Anwar tidak mahu turun ke Pengkalan Kubor padahal ia adalah pertandingan PR, berkemungkinan sibuk dengan soal pelantikan Menteri Besar baru di Selangor.

http://youtu.be/Gvrq5ARP_78

Yang hadir sebenarnya adalah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Nasaruddin Daud, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

Kelibat Anwar dan Lim atau pimpinan PKR dan DAP yang lain tiada di ceramah besar yang diadakan di sebuah padang di belakang Masjid As-Somadi di Geting.

Seperti biasa, Nasaruddin yang paling lantang dalam memberi tuduhan dan tohmaham kepada UMNO biarpun memulakan ceramahnya malam tadi dengan bacaan doa bagaimanapun di penghujung tetap mencela BN dan UMNO dengan pelbagai tohmahan.

CeramahPAS_1

CeramahPAS_2CeramahPAS_3

Nik Aziz yang semakin uzur bagaimanapun tidak bercakap panjang dan kemudian meninggalkan majlis agak awal sebaik selesai memberikan ceramahnya.

Kemudian ceramah disusuli dengan Tuan Ibrahim dan diakhiri dengan Abdul Hadi.

Tuduhan PAS dalam ceramah semuanya berperihal pada benda yang sama iaitu isu tuntutan royalti minyak dan juga kononnya kezaliman BN kepada penduduk Kelantan dengan ketiadaan pembangunan seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

Pada lusa, kira-kira 24,000 orang pengundi di DUN Pengkalan Kubor akan keluar mengundi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandang dari BN Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Pada PRK ini, BN bakal berdepan dengan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan juga Izat Bukhary calon bebas sama pada PRU lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Leave a Reply