Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dua Institusi Turun...

JITRA – Seramai 15 pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia...

Ahok Ceraikan Isteri Dari...

JAKARTA - Peguam yang mewakili mantan gabenor Jakarta, Basuki "Ahok" Tjahaja Purnama telah mengesahkan bahawa...

Kelantan Bentang Rang Undang-Undang...

KOTA BAHARU - Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang...

Tidak Mungkin Berkongsi Mahkota...

SELURUH dunia sebelum ini kecoh disebabkan insiden salah umum nama pemenang yang menyaksikan...

Pengisytiharan Harta Bukti Telus Kepimpinan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Arahan pengisytiharan harta ke atas semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai petunjuk ketelusan kepimpinan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah itu juga penting bagi memastikan anggota politik tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Sebenarnya, cadangan untuk pengisytiharan harta telah kita suarakan sebelum ini dan akan kita bentangkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat…bila kerajaan baharu nak laksanakan (isytihar harta) memang kita sambut baik.

“Mekanismenya (pengisytiharan harta) akan diputuskan kerajaan dan pada peringkat kita (SPRM), akan adakan pembentangan dalam masa terdekat berhubung pengisytiharan harta oleh ahli politik,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.

Shamshun Baharin berkata mekanisme yang akan diputuskan nanti akan turut mengambil kira keselamatan ahli politik dan keluarga selepas membuat pengisytiharan harta.

Awal bulan ini, Dr. Mahathir mengumumkan semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik perlu mengisytihar harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Shamshun Baharin berkata SPRM menahan 4,054 individu dari 2013 hingga Mei tahun ini. Daripada jumlah itu seramai 1,808 individu adalah penjawat awam, 1,425 (orang awam) manakala 821 (swasta dan politik).


“Bagi memastikan isu rasuah terus dapat ditangani, kerjasama semua pihak di semua peringkat termasuk golongan pelajar, penjawat awam, kakitangan swasta dan orang awam adalah perlu,” katanya.

Shamshun Baharin berkata SPRM dengan kerjasama Sekreteriat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru akan mengadakan Program ‘Walk Stop Talk: Six Hour Quarter Million Messages’ pada 7 Julai ini di beberapa lokasi di seluruh negara bagi mengumpul 250,000 tandatangan orang ramai untuk menyatakan sokongan memerangi rasuah bersama SPRM.

“Program yang akan berlangsung selama enam jam ini dijangka ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pengumpulan tandatangan ini akan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records (MBOR),” katanya. – BERNAMA

Kategori