Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sertai 16 Negara...

LONDON - Malaysia menyertai kumpulan 17 buah negara menolak usaha terbaharu Pertubuhan Bangsa...

Tangguh Fasa Endemik Tidak...

SEPANG : Keputusan kerajaan menangguhkan sementara peralihan ke fasa endemik ekoran penularan varian...

Surat Tawaran Haji Keluar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600...

Pahang Laksana Kempen Kesedaran...

KUANTAN - Kerajaan negeri akan melaksanakan kempen kesedaran antibuli bagi mengekang gejala sosial...

Pengalaman Di 2 Kementerian, Ismail Tahu Punca Kenaikan Harga

BERIKUTAN saranan dikemukakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang hak pengguna, ia turut mendapat perhatian Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad.

Senada dengan pandangan Ismail Sabri, beliau menyarankan agar pengguna dan pembeli membuat ketetapan dan langkah bersama-sama terhadap peniaga agar harga dapat direndahkan, seiring dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

[BERKAITAN: Nafi Pemilik Kopitiam Old Town, Ngeh Buat Laporan Polis]

“Hanya dengan  menggunakan kuasa kita sebagai pembeli dan pengguna yang bijak sahaja maka peniaga-peniaga yang tamak dan rakus dapat diajar,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhriz turut bersetuju dengan kenyataan Ismail tentang punca kenaikan harga barangan.

“Saya rasa pengalaman beliau sebagai menteri di dua kementerian yang terlibat secara langsung dengan pemantauan harga barangan di pasaran telah membuatkan beliau sedar punca kenaikan harga.

“Namun apabila terdapat peluang bagi rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan lapisan masyarakat  menikmati penurunan harga barangan, perkara itu tidak berlaku disebabkan sifat tamak sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan melampau,” ujarnya.

Banjir


Merujuk kepada musibah banjir yang baru melanda negara penghujung 2014 lalu, beliau berkata segenap lapisan masyarakat sepatutnya mengambil inisiatif bekerjasama bagi meringankan beban pihak yang tidak bernasib baik.

Ahmad Mukhriz turut mempersoalkan kelantangan ‘pihak tertentu’ yang hanya retorik apabila sebelum ini kononnya memperjuangkan penurunan harga barang, namun kini sepi seribu bahasa.

“… hari ini kita perlu persoalkan mengapa apabila ada peluang yang begitu baik untuk kita menikmati penurnan harga barangan secara mendadak, ianya tidak langsung dibangkitkan oleh pihak-pihak tersebut?” soalnya.

Justeru, beliau mencabar peniaga serta pemborong agar menurunkan harga jualan selaras dengan alasan yang acapkali digunakan pihak tersebut iaitu kenaikan harga minyak adalah faktor perlu menaikkan harga jualan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Astro Awani – Peniaga Tidak Akan Turunkan Harga Barang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori