Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bantahan Kasta Dalit Belenggu...

NEW DELHI - Ratusan anggota keselamatan dihantar ke kawasan yang tegang dengan rusuhan,...

Malaysia-Kazakhstan Tubuh J/kuasa Khas...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas dijangka ditubuh antara Malaysia dan Kazakhstan bagi...

KDN Pantau Pendakwah Asing...

KUALA LUMPUR - Semua pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan...

5 Kematian, 122 Pulih,...

PUTRAJAYA - Lima kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut Faktor Kemenangan

SHAH ALAM – Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibuat dengan memberi keutamaan terhadap faktor kemenangan calon ataupun parti, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara pakatan itu dan PPBM pada 13 Disember lepas bagi menjalin kerjasama politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Mana-mana parti yang mempunyai keupayaan untuk menang di sesuatu kawasan, kita akan berunding siapa patut diletakkan bagi mewakili kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pengangkutan awam sekali seminggu di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada 13 Disember lepas, satu gabungan dibentuk antara PPBM dan tiga parti di bawah Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara, DAP dan PKR.

Menerusi gabungan itu, keempat-empat parti bersetuju memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional pada PRU14 bagi membentuk kerajaan.


Ditanya mengenai kesediaan PKR menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada PPBM, Mohamed Azmin berkata pihaknya sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Ketika PKR dibentuk pada 1999, kita tiada sebarang kerusi dan hanya diberikan kerusi oleh DAP dan PAS. Justeru, kini giliran kita pula untuk mempertimbangkan isu itu dan bersikap terbuka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori