Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

60 Kanak-Kanak Sertai Program...

PUTRAJAYA - Seramai 60 orang anak-anak warga kerja Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan...

Polis Tidak Gentar Dengan...

“Kepada mereka di Bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak akan aman sebentar lagi.”Itu...

Budi Bicara Agong Dengar...

KUALA LUMPUR - Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, Yang di-Pertuan Agong tidak...

Jerebu: Tangguhkan Semua Majlis...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggesa semua majlis atau aktiviti luar bangunan di...

Pemuda UMNO Kota Raja Desak Letak Calon Tempatan

SHAH ALAM – Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja hari ini mendesak pucuk pimpinan parti meletakkan calon tempatan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), 4 Ogos ini.

Naib Ketuanya, Rafify Ramlan berkata desas-desus kedengaran seolah-olah calon luar akan diletakkan oleh pucuk pimpinan parti di Sungai Kandis, akan hanya menyukarkan jentera UMNO pada tempoh kempen berbanding jika diletakkan calon tempatan yang lebih dikenali oleh akar umbi.

Tambahan pula, berdasarkan rekod pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan 14 sebelum ini, tindakan meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Kota Raja menyebabkan parti tewas kepada calon lawan dengan majoriti besar, katanya.

DUN Sungai Kandis terletak di bawah Parlimen Kota Raja.

“Calon Parlimen untuk PRU13 hanya mengetahui beliau calon pada hari penerimaan watikah, hasilnya calon berkenaan kalah ribuan majoriti dengan PAS ketika itu.

“PRU14 lepas, calon Parlimen Kota Raja hanya mengetahui beliau calon kurang 24 jam sebelum watikah diberikan sedangkan ketika itu BN tidak ketandusan calon yang bekerja. Hasil daripada itu calon berkenaan tewas lebih 70,000 undi dengan (calon Amanah) Mat Sabu (Mohamad Sabu),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rafify, indikator berkenaan cukup jelas untuk dijadikan ukuran oleh pemimpin parti bagi meletakkan calon di PRK DUN Sungai Kandis.

Menurut beliau lagi, UMNO Kota Raja tidak ketandusan pemimpin untuk diletakkan sebagai calon, tambahan pula dengan kekalahan atau kemenangan UMNO di Sungai Kandis tidak akan merubah lanskap politik di peringkat Selangor ataupun Pusat.


“Walau apapun keputusan pucuk pimpinan parti dalam tempoh sehari dua ini, kami tetap akan menghormati keputusan berkenaan,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon Sabtu ini (21 Julai).

Pada PRU14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN dari UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76). – BERNAMA

Kategori