Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Susur Galur Keturunan Munshi...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menyempurnakan...

Nga Kor Ming Nafi...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menafikan dakwaan wujudnya konspirasi...

Mahu Bantu BN Pada...

SELEPAS sindir isu penahanan anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali...

Simulasi Kemalangan Gemparkan Penduduk...

BAGAN SERAI - Pengguna jalan raya dan penduduk sekitar cemas apabila melihat kehadiran...

Pemuda PAS Perak Minta Kerajaan Negeri Saman Utusan

IPOH – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mahu kerajaan negeri mengemukakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia jika laporan akhbar itu berhubung kegiatan kumpulan mafia di Kuala Sepetang, Perak tidak benar.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, dakwaan dalam laporan tersebut secara amnya boleh menjejaskan sektor pelancongan di Kuala Sepetang dan Perak.

“DPP Perak musykil pendedahan Utusan Malaysia yang melaporan apa yang sedang berlaku di Kuala Sepetang yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ‘Mafia’ dengan pelbagai jenayah berat amat mengejutkan.

“Bagi kami sudah tentu pendedahan tersebut seperti terdapat agenda tertentu dan cubaan mempolitikkannya oleh pihak-pihak yang berkepentingan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Ahmad bagaimanapun meminta pihak polis mengambil tindakan untuk menangani gejala itu jika laporan akhbar tersebut benar kerana isu keselamatan suatu perkara yang amat penting.


Sehubungan itu, beliau mensyorkan satu Jawatankuasa Khas antara agensi-agensi penguatkuasa melihat dan meneliti laporan Utusan malaysia tersebut untuk tindakan lanjut.

“Jika laporan tersebut tiada asas dan bersifat fitnah, kami berharap kerajaan negeri menyaman dan mengambil tindakan di mahkamah terhadap Utusan Malaysia,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak dipercayai menjadi tempat aktiviti jenayah seperti penceroboh tanah kerajaan, penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian haram dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kegiatan jenayah dipercayai dilakukan oleh sindiket mafis yang cukup berpengaruh sehingga mampu menutup mulut seluruh penduduk tempatan daripada mendedahkan perbuatan mereka kepada pihak berkuasa.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori