Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ucapan Najib Dikutuk, Dilabel...

Entah kenapa ada lidah dari dalam UMNO sendiri sudah mula memberikan tohmahan jahat...

Ada 56 Lagi Rakyat...

PEKAN - Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai...

PRK PD: Saiful Bukhari...

PORT DICKSON - Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd...

6 Kereta Rosak Ditimpa...

GEORGETOWN - Enam kereta milik orang awam yang diletak bersebelahan sebuah bangunan dalam...

Pemuda PAS Kecam Gadis Bertudung Rela Dicabul Artis K-Pop

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berasa dukacita dengan sikap beberapa gadis Melayu bertudung membenarkan diri mereka dipeluk dan dicium oleh artis K-Pop dari Korea dalam satu konsert semalam.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, perbuatan itu seolah-olah mahu mengundang satu lagi musibah besar ke atas negara ini selepas banjir buruk yang melanda bebera negeri.

“Dukacita… Sungguh saya dukacita. Tidak cukupkah musibah besar yang telah berlaku. Belum pun bekas-bekas sisa musibah terhapus manusia terus leka dalam kemaksiatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, imej wanita bertudung memeluk penyanyi K-Pop tersebut mencalar hati dan perasaan umat Islam negara ini.

Malah, katanya, perbuatan remaja perempuan terbabit boleh mengundakan kemarahan yang lebih teruk berbanding kes program menyentuh anjing baru-baru ini.


Mynewshub.cc hari ini melaporkan rakaman video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung naik ke pentas dan membenarkan diri mereka dipeluk dan dicium oleh anggota kumpulan K-Pop B1A4 dikecam ramai pihak.

Rata-rata mereka menyifatkan adegan gadis terbabit memalukan agama dan masyarakat Islam Malaysia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori