Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ahli UMNO Diseru Terus...

TEGUH... Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh ahli parti...

Tasha Manshahar Sah Isteri...

PENYANYI dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid atau dikenali dengan nama...

Gempar Babi Hutan Masuk...

KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor...

Hasil Kutipan Cukai Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan...

Pemuda PAS Dakwa 8 Pelajar Mesir Tak Dapat Zakat MAIJ

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat beberapa pegawai hal ehwal pelajar Malaysia di Mesir kerana menafikan hak lapan pelajar mendapatkan peruntukkan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat mendakwa, pihaknya dimaklumkan kesemua lapan pelajar terbabit dinafikan hak tersebut oleh pegawai terbabit kerana penglibatan mereka dalam persatuan pelajar di Mesir.

Menurutnya, pelajar terbabit ialah Ainuddin Abu Jamil, Saifullah Zolkarnain, Mohd. Affeni Madrom, Hanisah Abdul Rani, Shuhada Alam Shah, Norliyana Mohd Akhir, Farah Atiqah Abdul Manan dan Nurhaslinda Gazali.

“Dalam respon yang diberikan MAIJ menyatakan kesemua mahasiswa tersebut ‘Tidak Layak’ mendapatkan hak zakat tersebut berdasarkan syarat kelayakan zakat MAIJ iaitu Mumtaz (mendapat keputusan 10A) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mengikuti kursus bahasa di MARSAH dan lulus Imtihan Qabul dan naik ke kuliah tahun 1.

“Namun syarat kelayakan itu syarat kelayakan yang baru dimaklumkan pada tahun 2013 sedangkan mangsa mahasiswa yang hadir temuduga pada 24 November 2011 dan antara syarat kelayakan yang ditetapkan ketika itu cuma lulus STAM,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Suhaizan mendakwa, beliau turut dimaklumkan pegawai terbabit mengemukakan soalan berbaur politik kepada pelajar terbabit dalam sesi temuduga untuk mendapatkan peruntukkan zakat berkenaan menyebabkan mereka dinafikan hak mendapatkan zakat.

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa tindakan ini adalah salah dan pegawai-pegawai yang terlibat mesti disiasat untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori