Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Naik...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter...

“Beri Lesen Kepada Pemaju,...

"PEMBELI boleh mati!" demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim...

Polis Kota Kinabalu Keluar...

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Polis mengeluarkan 151 saman atas pelbagai kesalahan...

Wabak Demam Tifoid Serang...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mengunjungi Long Urun, Sungai Asap, daerah Belaga,...

Pemuda PAS Bidas Guan Eng Ungkit Kisah Lama

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan DAP kerana menggelar empat exco PAS di Selangor yang kekal dalam pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewaktu krisis jawatan Menteri Besar Selangor memuncak sebagai pengkhianat.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu memandangkan krisis jawatan Menteri Besar Selangor telah tamat dengan pelantikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar. Betapa hebat pengorbanan empat exco ini terpaksa lakukan demi memastikan kerajaan Selangor terus berfungsi agar ruang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak berlaku.

“Saya amat yakin keempat-empat exco ni masih ada semangat setiakawan, namun untuk mashlahah yang lebih besar PAS terpaksa mengarahkan mereka terus kekal disitu. Hasilnya hari ini kita menyaksikan proses pertukaran Menteri Besar yang lancar tanpa risiko pembubaran DUN,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Suhaizan memberi peringatan kepada Guan Eng supaya tidak mengungkit kisah silam kerana semua pihak mempunyai kesilapan masing-masing.

Tiga ahli exco PAS terbabit adalah Sallehan Mukhyi (Sabak Bernam), Iskandar Ab. Samad (Chempaka), Dr. Halimah Ali (Selat Klang) dan Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang). – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori