Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jared Leto Tunjuk Badan...

PELAKON versatile, Jared Leto dedah tubuh badan terkininya melalui laman sosial instagram selasa...

Pemerintah Mesir Tergugat Berdepan...

SETIAP kali Mohamed Salah melangkah masuk ke stadium, para penyokongnya akan bersorak "Mo Salah,...

Musang King Aset Pendapatan...

KENINGAU - ​​​​​Daerah pedalaman Keningau dikenal pasti antara kawasan penanaman makanan utama di...

Orang Buruan Mati Terjun...

KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah dikehendaki bertindak nekad terjun dari tingkat tiga pangsapuri...

Pemuda PAS Akui Hadapi Krisis Keyakinan

SHAH ALAM – Pemuda PAS mengakui kualiti tarbiahnya menyebabkan ahli dewan itu kini berdepan krisis keyakinan berikutan perbezaan pandangan yang wujud di peringkat dalaman parti.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, salah satu punca krisis keyakinan itu kerana perbezaan pendapat di kalangan kepimpinan parti yang tidak diuruskan dengan baik.

“Fitnah dan adu domba sesama sendiri yang tidak terkawal benar-benar menyedihkan kita.

“Kita juga berhadapan cabaran yang datangnya daripada gen Y yang terdedah dengan pelbagai maklumat dan berfikiran kritis serta berterus terang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-56 di sini, Selasa.

Suhaizan berkata, PAS sememangnya telah melahirkan kader ahli gerakan Islam yang memiliki ilmu agama dan keperibadian mulia tetapi tidak dari segi melahirkan aktivis parti.

“Masyarakat mula mempersoalkan kualiti tarbiah kita apabila mereka membandingkan produk perkaderan Pemuda dengan produk parti lain yang dilihat lebih cemerlang dan kehadapan.

“Kita dilihat lebih tertumpu dalam melahirkan ahli dan pemimpin peringkat bawahan dan pertengahan tetapi kurang dalam melahirkan pemimpin yang punyai kualiti di peringkat tertinggi,” katanya.


Justeru, beliau mengumumkan penubuhan Gagasan Pemuda Al-Helmy yang memiliki pakej rabbani, faqih dan haraki.

“InsyaAllah inilah generasi yang akan mengisi Putrajaya satu masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pendokong Pemuda PAS supaya tidak membazirkan masa membincangkan perkara remeh dan tidak membantu mengukuhkan ikatan kerjasama.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori