Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lumia 550 Dengan Windows...

MICROSOFT telah memperkenalkan Lumia 550 untuk para pengguna perusahaan ketika pelancaran lumia 950...

Video Kemesraan Siti Hasmah...

NEW DELHI - Tun Dr. Siti Hasmah, wanita pertama Malaysia yang amat disegani...

Rosly Mula Tugas Sebagai...

PUTRAJAYA - Pemangku ACP Rosly Hassan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya...

Operasi LRT Dari Putra...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan...

Pemuda PH Serah Memorandum Kepada RoS

PUTRAJAYA – Pemuda Pakatan Harapan hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan dan isu yang dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata memorandum itu diserah kepada RoS kerana PPBM dan Pakatan Harapan mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“PPBM mahu tahu apa yang boleh dilakukan untuk selesaikan isu yang membelenggui PPBM selama ini. Pilihan raya sudah dekat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan di ibu pejabat RoS di sini.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh pula berkata RoS tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan permohonan kelulusan Pakatan Harapan kerana pada masa ini, hanya PPBM sahaja yang disiasat oleh jabatan itu. – BERNAMA

Kategori