Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Syed Hamid Juga Tak...

SELEPAS Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui tidak pernah mengutus apa-apa surat kepada Biro Siasatan...

Jumaat Diumum Sebagai Hari...

KUALA LUMPUR - Hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini dalam usaha mengekal...

Minta Sedekah: 12 Kanak-Kanak...

IPOH - Seramai 12 kanak-kanak perempuan warga tempatan diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi...

Bantulah Ibu Dan Bayi...

BANJIR besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia ternyata mengundang 1001 cerita dan pengalaman...

Pemuda DAP Umum Henti Kerjasama Dengan PAS

KUALA LUMPUR – Tanda-tanda pakatan rakyat bakal berkubur semakin jelas apabila pemuda DAP (Dapsy) mengumumkan segala bentuk kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dibekukan bermula hari ini.

Ketuanya, Teo Kok Seong berkata, perkara itu ditetapkan secara konsensus oleh Majlis Eksekutif Pemuda Dapsy yang mengumumkan pembekuan kerjasama itu akan dilaksanakan di setiap peringkat.

“Hari ini, Majlis Eksekutif Dapsya telah membuat ketetapan secara konsensus untuk membekukan semua bentuk kerjasama dengan DPPM di peringkat negeri seluruh Malaysia dan di peringkat pusat.

“Keputusan ini diambil berikutan langkah PAS Kelantan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) baru-baru ini dengan membelakangkan perjanjian bersama pakatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


DUN Kelantan hari ini meluluskan sebulat suara rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II seperti dibentangkan oleh PAS Kelantan.

Kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kelantan menyokong cadangan pindaan tersebut selepas perbahasan oleh Datuk Md Alwi Che Ahmad (Umno-Kok Lanas) dan tiga ADUN PAS. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori