Peminat Tak Puas Hati Zayn Malik, 1D Bersaing Untuk Anugerah Sama

PEMINAT fanatik kumpulan One Direction dan bekas ahlinya, Zayn Malik, tidak boleh menerima kenyataan bahawa idola mereka itu akan bertanding sesama sendiri selepas mereka tercalon dalam kategori anugerah yang sama.

Hal itu sama sekali tidak disangka-sangka oleh peminat mereka dan ianya sudah pasti satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat.

Kumpulan One Direction yang terdiri daripada Harry Styles, Liam Payne, Niall Horan dan Louis Tomlinson itu tersenarai dalam kategori Fashion Choice Male Hottie dalam anugerah Teen Choice 2015 nanti.

150413-news-one-direction

Turut tersenarai dalam kategori itu adalah bekas ahli kumpulan itu Zayn Malik, Justin Bieber, Austin Mahone, Ryan Guzman dan 5 Second of Summer.

Calon lain juga tidak kurang hebatnya namun kehadiran Zayn berasingan dengan One Direction lebih menarik perhatian peminat.

Sukar untuk peminat mereka buat keputusan, tak pasti siapa yang lebih layak dapat undian peminat dan apa yang pasti mereka semua lahirkan rasa terkejut dengan perkara itu.

Mungkin imej terbaru Zayn yang kini tampil dengan rambut warna hijau boleh tarik dan raih undi daripada peminatnya? Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.

o-ZAYN-MALIK-GREEN-HAIR-facebook

https://twitter.com/michi_need1D/status/608333813572333568

https://twitter.com/partygodharry/status/608144532710899712

– MYNEWSHUB.CC

Loading...