Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Ramasamy Saman Zakir Naik,...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan...

Sukan Asia – Ke...

INCHEON - Sudah menjadi tradisi setiap kali tamat temasya besar seperti Sukan Asia,...

Bekas CEO 1MDB: Najib...

KES 1MDB NAJIB | Bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah cuba untuk...

Piala AFC: JDT Kecundang...

KUALA LUMPUR - Krisis dalaman membawa kesan negatif kepada pasukan Johor Darul Ta'zim...

Pemimpin UMNO, BN Sabah Perlu Sentiasa Dekati Rakyat

PUTATAN – Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah diingatkan supaya sentiasa turun padang bagi mendekati dan membantu rakyat di kawasan diwakili mereka.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika memberikan peringatan itu berkata langkah itu penting dan perlu memandangkan perjuangan asas dan kekuatan parti adalah terletak pada sokongan padu daripada akar umbi.

Beliau berkata hubungan baik antara kepimpinan parti dengan anggota serta rakyat di peringkat akar umbi juga berupaya mewujudkan kesepakatan, kesepaduan dan kerjasama jitu.

“Pemimpin UMNO Sabah sentiasa diingatkan turun padang mendekati rakyat dan mengetahui masalah yang mereka hadapi. Apabila rakyat tahu kita mengambil berat terhadap mereka, maka mereka akan menghargai kepimpinan dan apa kita lakukan.

“Jangan turun padang melihat rakyat apabila tiba pilihan raya sahaja. Kita mesti turun sebelum, semasa dan selepas pilihan raya bagi mengetahui keperluan rakyat sekali gus membangunkan kawasan masing-masing,” katanya.

Musa yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan pengerusi BN Sabah berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Putatan di sini hariini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga timbalan ketua menteri Sabah.

Ketua menteri berkata, jika kepimpinan UMNO dan BN sentiasa bekerja keras dan sedar tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, maka tidak perlu ada perasaan tergugat atau gelisah apabila ada kumpulan tertentu mahu menubuhkan parti baharu.


Katanya penubuhan parti baharu adalah perkara biasa bagi UMNO Sabah dan setiap kumpulan atau individu mempunyai hak masing-masing untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Musa berkata pemimpin dan anggota parti perlu terus fokus dengan perjuangan sekali gus menyakinkan serta menjelaskan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN Sabah adalah parti yang mempunyai rekod terbaik dalam pembangunan dan membela nasib rakyat di negeri ini.

“Apa yang penting kita di Sabah, kita mengetahui dan mempunyai bukti parti mana yang boleh membela nasib rakyat dan mempunyai track record yang baik, iaitu UMNO dan BN,” katanya, dan menambah belum tentu parti baharu ditubuhkan mampu memberi kesejahteraan serta pembangunan kepada rakyat.

Musa turut mengajak semua anggota parti untuk terus bersatu-padu, sepakat dan setia sekali gus mempertahankan kepimpinan presiden parti iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Presiden parti adalah institusi yang harus dipertahankan. Kuat presiden kuatlah parti, kuat parti kuatlah presiden. Jika ada sebarang masalah selesaikan dengan cepat supaya tidak berlarutan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori