Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4,214 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan lebih 1,000 kes berbanding semalam...

Dr. Mahathir Calon Pakatan...

LANGKAWI - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon pakatan...

MDEC, SEG Lancar Sekolah...

CYBERJAYA - Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama yang diberi mandat untuk transformasi...

Jenazah Anuar Abu Bakar...

SHAH ALAM - Jenazah bekas pemain bola sepak kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48,...

Pemimpin Akar Umbi Harus Pertahan Calon BN

SIMUNJAN – Pemimpin peringkat akar umbi terutama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus berani mempertahankan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, perjuangan yang dibawa mereka adalah perjuangan bersama demi memenuhi keperluan dan impian rakyat.

Justeru, mereka tidak harus gentar, sebaliknya melawan mereka yang cuba mencabar dengan menyampaikan hujah dengan fakta tentang limpahan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

“Ini adalah perjuangan bersama kita, bukan saya seorang sahaja yang bekerja. Lihat sekarang, bagaimana pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN telah memanfaatkan seluruh penduduk di sini, kata beliau.

Semua pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha anda semua yang telah menyuarakan keperluan penduduk kampung kepada wakil rakyat anda,” kata beliau ketika membuat tinjauan ke ranting-ranting PBB Zon Punggor dekat sini hari ini. – BERNAMA

Kategori