Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakit Hempap Mangsa Selepas...

BATU PAHAT - Salah seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian rakit tenggelam...

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan...

15 Hilang Banjir Besar...

TOKYO - Sekurang-kurangnya 15 hilang selepas banjir besar menghanyutkan rumah di selatan Jepun,...

Banjir: Penduduk Belum Sedia...

BENTONG: Penduduk Kampung Baru Sungai Perdak di sini, masih belum bersedia untuk pulang...

Pembangkang Harapan Mukhriz Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membayangkan harapan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah dengan mendapat sokongan parti pembangkang termasuk DAP.

Menurut beliau, langkah Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapatkan pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berhubung isu itu akan membolehkan Mukhriz mendapat sokongan 15 ADUN pembangkang dan tiga Exco kerajaan negeri yang menyokongnya.

“Adakah ini bermakna harapan hanya ada pada pembangkang untuk kekalkan Mukhriz sebagai MB.
“Walaupun jumlahnya sama banyak 18-18 tiada masalah untuk kerajaan ini kekal dengan Mukhriz sebagai MB,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pembangkang di Kedah mempunyai 15 kerusi iaitu lapan milik PAS, satu milik AMANAH, dua milik DAP dan empat milik PKR manakala BN mempunyai kerusi terbanyak iaitu 21 kerusi DUN.

UMNO Kedah sebelum ini mengumumkan hilang kepercayaan ke atas Mukhriz dan menggesa supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan beliau dengan calon lain.

Mukhriz bagaimanapun enggan meletak jawatan kerana mendakwa kononnya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah oleh rakyat, bukan oleh UMNO.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini turut mengumumkan sokongan Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar Kedah dengan mendakwa UMNO Kedah melanggar Perlembagaan apabila mendesak Mukhriz supaya berundur.

Kenyataan PKR itu bagaimanapun disifatkan oleh bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Hussin ibarat meludah ke muka sendiri.

Ia kerana PKR pernah menggunakan kaedah yang lebih kejam bagi menggulingkan Abdul Khalid pada tahun 2014 termasuk dengan mengadakan ‘road show’ memfitnah bekas pemimpin PKR tersebut.

Abdul Khalid digulingkan gara-gara pentadbiran kerajaan Selangor waktu itu tidak selari dengan kepentingan pucuk pimpinan parti PKR. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori