Pejabat MB Pahang Rai Lebih 100 Petugas Media

54

KUANTAN – Lebih 100 pengamal media Pahang diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang di sini, malam tadi.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Media itu dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohd Fakharuddin Mohd Arif.

Mohd Fakharuddin dalam ucapannya menyeru pengamal media di negeri ini supaya dapat menyampaikan maklumat dengan fakta yang tepat untuk memastikan berita yang tepat dan sahih bagi mendapat gambaran sebenar sebarang situasi yang berlaku di negeri ini.

Turut hadir Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali. – BERNAMA