Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MV Dayang Sari Mampu Ukur...

KOTA KINABALU – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat melaksanakan aktiviti pengukuran hidrografi...

Demi Politik, Ayat Al-Quran...

Dalam era politik masa kini, segelintir pihak mencuba pelbagai cara untuk menarik sokongan...

LHDN Akan Gempur Lebih...

GEORGETOWN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan lawatan, audit dan siasatan...

Enam Hari Dalam Kurungan...

SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa melalui hari yang menakutkan apabila terpaksa bertahan selepas dikurung enam...

Pegawai SPRM Bertemu Daim Di Menara Ilham

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull tiba di Menara Ilham, di sini hari ini, dipercayai untuk mengadakan pertemuan dengan Tun Daim Zainuddin berhubung transaksi tanah meragukan di ibu negara yang didakwa berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Shukri bersama pegawainya tiba dengan tiga kenderaan SPRM pukul 10.40 pagi, dan dilihat memasuki bangunan yang menempatkan pejabat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) itu.

Difahamkan, pertemuan itu dibuat selepas Daim menyerahkan hasil siasatan melibatkan transaksi tanah itu untuk siasatan lanjut pihak SPRM.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Daim akan bertemu SPRM susulan siasatan pihak beliau mendapati sekurang-kurangnya terdapat transaksi 91 lot tanah di ibu negara yang meragukan, termasuk​​​​ transaksi tanah ​​​melibatkan projek Bandar Malaysia. – BERNAMA

Kategori