Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangkitan Ebola Kini Cecah...

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan penyakit yang digeruni, Ebola kini mencecah 10...

Zarema Tak Terkesan Tohmahan...

KONTROVERSI yang melanda pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan bersama isterinya,...

Pemuda UMNO Minta SPAD...

MELAKA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta menangguhkan dahulu langkah menaikkan tambang...

NGO, Sasterawan Negara Bantah...

KUALA LUMPUR - Gabungan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Pecat ADUN PKR Di Bawah Budi Bicara DAP – Wanita PKR

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bercanggah pendapat dengan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali dalam isu pemecatan dua wakil rakyat parti itu oleh DAP di Pulau Pinang.

Zuraida berkata, pemecatan dua dua wakil rakyat PKR dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Pulau Pinang adalah tertakluk kepada budi bicara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang meskipun dibantah Mohamed Azmin.

“Walaupun PKR tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang memecat dua wakil rakyat parti itu dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Pulau Pinang, namun budi bicara perkara itu adalah tertakluk kepada Guan Eng.

“Kami percaya (Pakatan Harapan) Pulau Pinang dapat menyelesaikan masalah dalaman tersebut tanpa campur tangan parti lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zuraida dalam pada itu menegaskan, isu penyingkiran bekas pemimpin PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan bekas Menteri Besar Selangor tidak boleh disamakan dengan isu pemecatan dua wakil rakyat PKR tersebut.

Beliau menegaskan, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana melanggar perintah PKR manakala kes di Pulau Pinang adalah satu ketidakadilan yang dilakukan DAP ke atas PKR.

Kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Pulau Pinang daripada jawatan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Pemecatan dua wakil rakyat PKR itu hanya kerana mereka bersikap berkecuali dalam usul penambakan tanah dalam persidangan DUN Pulau Pinang.


Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu turut dikecam Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.

Kritikan Mohamed Azmin itu menyebabkan Guan Eng mempersoalkan apa hak Menteri Besar Selangor itu mahu mencampuri urusan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP.

“Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh pakatan?” soal Guan Eng kepada Mohamed Azmin.

Bimbangkan kemarahan DAP dalam isu berkenaan, PKR semalam menerusi Naib Presidennya, Tian Chua segera membuat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada DAP. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori