Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Miri Dr...

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng dilaporkan diserang oleh individu tidak dikenali...

Tiga Maut, 11 Cedera...

WASHINGTON: Tiga orang terbunuh dan 11 lagi cedera selepas beberapa individu bersenjata melepaskan...

Blackout 505: “Saya Akan...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa...

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat...

PANGKALAN BUN - Sebuah kapal peronda tentera laut Indonesia menemui apa yang kapten...

PDRM Nafi FBI Sedang Siasat Najib, 1MDB

KUALA LUMPUR – “Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan dinasihati berhubung terus dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Washington”.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penyebaran maklumat di media sosial kononnya FBI sedang menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dalam kenyataannya semalam yang menafikan perkata itu menyebut, PDRM tidak pernah menerima sebarang pemaklumkan berhubung dakwaan siasatan yang kononnya dijalankan oleh FBI berkenaan.

“Agensi terbabit (FBI) juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama,” tegasnya lagi.


Beberapa media propembangkang sebelum ini melaporkan kononnya FBI Amerika Syarikat membuka kertas siasatan terhadap Najib dan 1MDB berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Mereka mendakwa FBI memulakan siasatan selepas seorang bekas ahli parti pemerintah ditangkap sebelum berlepas ke AS di mana beliau merancang membuat aduan polis dan mendesak agensi penguat kuasa AS menyiasat 1MDB mengenai pengubahan wang haram. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori