Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

119 Pulih, 1 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kadar pesakit yang pulih daripada wabak COVID-19 di Malaysia melebihi...

Suami Maut, Isteri, Anak...

SEKINCHAN - Seorang lelaki maut manakala isteri dan dua orang anak mereka cedera...

Pembangkang Dengan Helah Lama...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyelar pembangkang kerana mendakwa...

Kelindan Lori Maut, 3...

JOHOR BAHARU - Seorang kelindan lori maut manakala tiga lagi cedera parah dalam...

PDP Yakin Calonnya Mampu Raih Sokongan Di Saratok

KUCHING – Parti Demokratik Progresif (PDP) percaya muka baharu yang menjadi taruhannya di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini mampu meraih sokongan majoriti pengundi sepertimana yang diterima oleh penyandang kerusi Tan Sri William Mawan Ikom.

Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing berkata PDP percaya Jagah@Subeng anak Mula, 55, tidak akan mensia-siakan sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

“Kami akan buat yang terbaik, seperti apa yang pemimpin kita kata tadi dengan izin tuhan, PDP akan berusaha untuk memenangi empat kerusi yang ditandinginya,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat PBB di sini, sejurus selepas Abang Johari mengumumkan senarai calon BN Sarawak hari ini.

Mawan merupakan bekas Presiden parti Parti Demokratik Progresif Sarawak ( SPDP) sebelum parti itu menukar namanya kepada PDP selepas Mawan bertindak keluar parti dan menubuhkan parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Pada pilihan raya negeri 2016, Mawan bertanding sebagai calon “tidak berparti” untuk memenuhi prasyarat bertanding atas tiket BN dan beliau juga secara terbuka menyatakan kesediaan mempertahankan kerusi Parlimen Saratok pada PRU14.


Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan hari ini Abang Johari mengumumkan 14 kerusi akan ditandingi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tujuh, Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam, dan empat lagi ditandingi PDP.

“Seramai 25 calon adalah lelaki dan enam wanita. Kita yakin bahawa BN boleh memenangi 28 atau 29 kerusi pada PRU kali ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori