Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

176 Penumpang Pesawat Ukraine...

TEHERAN - Kesemua 176 penumpang termasuk sembilan kru pesawat Ukraine dilaporkan terkorban dalam...

BR1M: Tun M Kata...

PULAU PINANG - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi mengumumkan Pakatan...

Selangor Umum Pengecualian Cukai,...

SHAH ALAM: Sebanyak 426,656 rumah kos rendah di seluruh negeri dikuatkuasakan pengecualian cukai...

Lelaki Hampir Hilang Muka...

SEORANG lelaki hampir hilang muka selepas dibaham buaya ketika mengadakan persembahan di hadapan...

Patuhi PBT Jika Mahu Pesta Arak Di Selangor – Azmin

KLANG – Penganjur pesta arak ‘Better Beer Festival’ perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu memindahkan lokasi penganjuran festival itu ke Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.

Beliau ditemui selepas merasmikan Selangor Bio Bay yang akan dibangunkan oleh Central Spectrum Sdn Bhd di Pulau Indah, di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain ia bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.


Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Okt ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak  dari 43 kilang di seluruh dunia.

Pada Jumaat lalu, gabungan 25 badan bukan kerajaan (NGO) Selangor telah menghantar memorandum memohon agar Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan sekiranya penganjur pesta arak tersebut mahu mengubah lokasi penganjurannya ke negeri itu. – BERNAMA

Kategori