Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Adakah Berkongsi Ketuhanan Kristian...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan adakah perbuatan Yang Dipertua Dewan...

Jerebu: Indonesia Sambut Baik...

JAKARTA - Indonesia menyambut baik langkah proaktif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Zoo Negara Sahkan Tiada...

Zoo Negara mengesahkan tiada harimau terlepas dari premisnya susulan tular insiden haiwan itu...

Perang Media Sosial Lebih...

KUALA LUMPUR - Perang saraf menerusi media sosial dijangka lebih hebat menjelang pilihan...

Pasukan Siasatan 1MDB Temui Pegawai FBI, DoJ

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Siasatan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) mengadakan pertemuan dengan pegawai daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat di sini hari ini.

Topik perbincangan dalam pertemuan itu ialah tentang hala tuju dan fokus siasatan 1MDB, permohonan bantuan bersama bagi perkara jenayah ‘Mutual Legal Assistance’ (MLA) dan juga proses membawa semula aset-aset yang dibekukan di Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan dikeluarkan pasukan petugas khas berkenaan hari ini, pihak terlibat dalam pertemuan itu bersetuju memberi kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan berhubung 1MDB.

“Perjumpaan bagi memberi bantuan akan dijalankan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan pasukan petugas khas itu.

Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB dianggotai bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Menurut kenyataan itu, antara isu dibangkitkan dalam pertemuan hari ini ialah permohonan pihak FBI yang menghantar surat permohonan bertarikh 13 November 2016 kepada Tan Sri Dzulkilfi Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, tetapi permohonan tidak mendapat maklum balas sehingga ke hari ini.

Kenyataan itu juga berkata pihak DoJ juga mengesahkan ada membuat permohonan melalui MLA kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada 22 September 2017.


Menurut kenyataan itu, bagaimanapun permohonan itu tidak dipenuhi dan ditangguhkan atas alasan ia akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa di Malaysia. Oleh itu tiada kerjasama diberikan sehingga hari ini.

“Pihak DoJ dan FBI merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baharu setelah tiada apa-apa tindakan berkaitan 1MDB semasa kerajaan sebelum ini,” tambah kenyataan itu.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan. – BERNAMA

Kategori