Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pekerja Taman Safari Jepun...

TOKYO - Seorang pekerja taman safari di Jepun mati selepas diserang seekor beruang...

Hamidin Dilantik Presiden FAM...

PETALING JAYA - Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak...

China Beri ‘Lampu Hijau’...

JOHOR BAHRU - China memberi kelulusan kepada Malaysia untuk mengeksport buah durian Musang...

Ringgit Rendah Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini, berikutan permintaan...

Pasukan Pendakwaan Akan Tutup Hujah Esok – Muhammad Shafee

Pasukan pendakwaan dalam kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menutup hujah balas mereka di Mahkamah Persekutuan esok.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian sebelum mahkamah ditangguhkan pada hari ini iaitu hari kelima prosiding kes berkenaan.

Beliau berkata, beliau memerlukan kira-kira dua jam lagi untuk berhujah, memetik laporan bnbbc.my.

BACA – Kronologi Peristiwa Kes Liwat Anwar Ibrahim 

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Menurut Muhammad Shafee, hujah balas untuk perkara baru yang dibangkitkan peguam bela Anwar akan dibentangkan pasukannya secara berfakta pagi esok.

“65 peratus (hujah balas sudah diberi) . Kita akan sambung esok pagi dengan perkara-perkara baru yang dibangkitkan sebelum ini.

“Ia hanya akan mengambil masa sebelum “lunch” saja, kita dah boleh selesai,” katanya dalam laporan itu.


Beliau berkata setakat hari ini, beberapa elemen penting disentuh termasuk tentang tiga bukti yang diperolehi iaitu tuala “Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral yang membolehkan proses ujian DNA dilakukan.

“Mustahak sekali berkenaan bukti perayu menggunakan tiga barang dalam lokap IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) iaitu tuala, berus gigi dan juga sebotol air mineral yang dibawa sendiri.

“Daripada tiga item ini, kita perolehi DNA dan disahkan ia milik lelaki “Y”. Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful (Bukhari Azlan) juga (DNA) sama dengan lelaki “Y”.

“Kita harus bandingkan dengan bukti dalam lokap. Sebab (perayu) dia tak bagi DNA umpamanya darah, kalau dia bagi DNA, senang, tapi itu hak dialah. Jadi kita perlu perolehi hasil inisiatif kita untuk buat perbandingan,” katanya.

Seorang daripada peguam Anwar, Ramkarpal Singh memberitahu, pihaknya akan membuat hujahan semula sebaik Muhammad Shafee selesai membentangkan hujah balasnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori