Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Kerugian Pertanian Masih...

PASIR MAS - Kerajaan masih menilai kerugian yang dialami sektor pertanian berikutan bencana...

Akhbar Australia Dakwa Mara...

Anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Inc. didakwa telah membayar pihak pemaju...

Iran Tawar AS$80 Juta...

TEHERAN - Iran menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala Presiden...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Ranau kekal 852 orang daripada 177...

PASMA Bukan Parti Ganti PAS – Phahrolrazi

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi, menafikan penubuhan sebuah parti baharu untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing ketika ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) berkata, pertubuhan itu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.

Katanya, PASMA adalah NGO peringkat nasional yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu dan ia terbuka kepada semua pihak tanpa mengira latar politik tetapi mahu turut serta berbincang dan menyuarakan pandangan mereka mengenai isu membabitkan pengukuhan Pakatan Rakyat di luar konteks parti politik.

“Kita tidak ganti sesiapa dalam pakatan sebab kita bukan parti politik, saya sendiri masih bersama PAS dan tidak berganjak sampai sekarang. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori