Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sabah Rekod 351 Kes...

TAWAU - Sabah merekodkan 17,244 kes kemalangan jalan raya dengan 351 kematian pada...

Kerajaan Negeri Persembahkan ‘Jam...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mempersembahkan 'Jam Bunga' kepada Yang di-Pertuan...

10 Tabiat Pelik ‘Buang...

SETIAP daripada kita pastinya mempunyai hobi dan kegemaran yang tersendiri untuk dilakukan sekiranya...

Laporkan Segera Kerosakan Peralatan...

JERANTUT - Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah yang terjejas dengan banjir supaya mengemukakan...

PAS Umum Bertanding 10 Kerusi DUN Sarawak

KUALA LUMPUR – PAS Sarawak tidak menolak kemungkinan akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

PAS Sarawak dalam satu kenyataan media hari ini berkata, parti itu bagaimanapun akan bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi DUN negeri itu.

“Insya-Allah, PAS Sarawak akan bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi DUN dan kemungkinan menambah sehingga 10 Kerusi DUN dalam PRN akan datang,” kata kenyataan itu hari ini.

Difahamkan, kesemua kerusi DUN yang mahu ditandingi PAS itu kerusi yang pernah ditandingi parti lain dalam pakatan rakyat yang berkubur pada Jun lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Januari lalu memaklumkan sudah menyenaraikan 11 kerusi DUN baru bagi proses persempadan semula menjelang PRN akan datang.

Ia sekali gus menyaksikan 82 kerusi bakal dipertandingkan dalam PRN berbanding hanya 71 kerusi sebelum ini. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori