Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Permaisuri Sampai Sumbangan...

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan...

Inspektor Polis Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bilangan Penganggur Malaysia Menurun...

PUTRAJAYA - Bilangan penganggur di Malaysia pada Februari 2022 menurun 1.3 peratus selepas...

Isu Larangan Bacaan Doa:...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung...

PAS – UMNO: Menuju Rapatkan Saf Ummah

SELEPAS kempen bersama dalam Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Titiwangsa pada 4 Disember lalu, semangat ummah PAS dan UMNO diteruskan melalui misi lebih mencabar.

Kali ini kedua-dua parti bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersatu dalam misi Food Flotilla For Arakan, iaitu sebuah misi khas menghantar bantuan makanan melalui laluan laut ke Arakan, Myanmar.

Pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw jelas enggan berkerjasama dengan apa juga bentuk misi kemanusian. Malah, teguran terbuka Putrajaya terhadap sikap penindasan Kerajaan Myanmar dibalas dengan memboikot semua usaha kemanusiaan Malaysia.

Namun, bukan Malaysia sahaja yang menjadi mangsa. Myanmar juga memboikot delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu meninjau persekitaran Arakan dua hari lalu.

Keputusan PAS semalam, bersedia menyertai misi 3 Februari ini meletakkan mood perhubungan PAS-UMNO dalam momentum Rapatkan Saf yang akrab.

Walaupun puak penentang hubungan baik PAS-UMNO akan bersikap sinis dan menganggap ini kompromi politik, itu soal kedua. Paling penting, kerjasama ini memberikan impak pada usaha Rapatkan Saf ummah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata delegasi diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor itu akan bertolak dari Pelabuhan Klang dan dijangka tiba di Myanmar pada 9 Februari.

Turut menyertai misi kemanusian itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh; EXCO Dewan Muslimat PAS, Datuk Siti Asyah Ghazali; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Khalil Abdul Hadi.

“Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat menganggap ini usaha kemanusiaan dan jihad murni, selain turut sama merasai penderitaan yang dialami etnik Rohingya di sana,” kata Nasrudin.

Walaupun risiko keselamatan agak tinggi, PAS memilih menyertai misi anjuran Mapim, Yayasan Amal Malaysia dengan UMNO diwakili oleh Kelab Putera 1 Malaysia.

Misi Food Flotilla To Arakan berlepas 3 Februari dan tiba di Myanmar pada 9 Februari.


Seminggu selepas itu, PAS akan menganjurkan pehimpunan ‘raksasa’ menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU355) pada 18 Februari depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Himpunan 355 itu dijangka berlangsung di Dataran Merdeka dengan bertemakan Ungu.

Beliau mensasarkan lebih 300,000 peserta terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik.

Pasti UMNO akan menyertai perhimpunan ini. Bukan rahsia, sekali pun ditentang rakan Cina dalam BN, UMNO secara terbuka menyokong PAS dalam agenda ini.

Justeru, dengan sokongan NGO pro Islam, usaha menjayakan himpunan RUU 355 pasti akan berjaya.

Matlamat PAS menghimpunkan 300 ribu penyokong pasti akan tercapai kerana UMNO akan ikut menyumbang kehadiran penyokongnya.

Ternyata demi Islam, ummah dan solidariti Rapatkan Saf – UMNO dan PAS ada titik pertemuan walaupun berbeza pendirian politik. – MYNEWSHUB.CC

Kategori