Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

9 Anak Kapal KD...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua sembilan...

Polis Tahan Lelaki Dipercayai...

JOHOR BAHARU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman wang...

Oliver Dowden Dinamakan TPM...

LONDON : Kerajaan Britain menamakan Oliver Dowden sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu negara...

Tarian Singa Turut Disertai...

KUALA NERUS - Demi minat, tiga pemuda berlainan bangsa, dua Melayu dan seorang...

PAS Tidak Boleh Kerjasama Dengan Pengkhianat

KUALA LUMPUR – PAS sama sekali tidak boleh bekerjasama dengan pengkhianat parti itu yang kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pengkhianat PAS mesti dikekalkan dengan label pengkhianat parti itu sehingga mereka bertaubat.

“Pengkhianat mesti dikekalkan rasa bersalahnya di sepanjang zaman sehingga ia menyesal dan kembali bertaubat kepada Allah S.W.T.

“Mengiktiraf pengkhianat akan menghilangkan rasa bersalah mereka yang terlibat. Ini sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyokong keputusan pucuk pimpinan PAS bahawa parti itu tidak akan menyertai Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat 2.0 merupakan gabungan baharu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

PKR membuat pusingan U mempelawa PAS kembali menyertai gabungan pembangkang kerana khuatir akan kehilangan sokongan kaum Melayu.


Ia berikutan kurang penyertaan kaum Melayu dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara pada Ogos lalu.

PAN pula ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu kerana didakwa menentang golongan ulama PAS.

Nasrudin dalam pada itu berkata, PAS membuat keputusan tidak menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bukan kerana ego tetapi demi prinsip dan maruah perjuangan.

“Ia dibuat dengan segala kerendahan diri kepada Allah S.W.T yang memerintahkan kita agar memelihara kemuliaan Islam dan perjuangannya,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, PAS mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bersahabat dan mendukung cita-cita perjuangan PAS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori