Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pengarah Huang Huang Menang...

KUALA LUMPUR – Pengarah Huang Huang telah memenangi Anugerah ‘Spirit of Asia’ oleh...

Pasukan Petugas Laksana Janji...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Empat Anggota Polis Didakwa...

GEORGE TOWN - Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Caj Terus RM100 Kalau...

SHAH ALAM - "Buat apa bank hendak sorok-sorok caj 50 sen hingga RM2,...

PAS Tidak Akan Tunduk Kepada DAP, Isu Pilihan Raya PBT

PAS bertegas tidak akan tunduk kepada sebarang desakan mahupun ugutan daripada DAP berhubung kemelut pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan parti itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kini mengambil langkah enggan memberikan apa-apa komen dan menunggu saat mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat, Ahad ini.

“Terpulanglah kepada DAP hendak kata apa, saya dah tak mau komen. Tunggulah mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad ini.

MENARIK – Isu Pilihan Raya PBT, Jejas Hubungan DAP Dan PAS

“Saya akan memberikan penjelasan kepada pimpinan tertinggi tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Menjawab soalan adakah beliau akan hadir ke mesyuarat itu, Mustafa berkata beliau akan hadir dan memberi penjelasan panjang lebar.

Untuk mesyuarat berkenaan, DAP ada mengugut PAS bahawa mereka tidak akan hadir jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir sama.

Dalam hal itu, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu saya tak mahu komen, apa pun tunggu, Ahad ini. Inysa-Allah Presiden akan hadir,” katanya ringkas.


Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata Guan Eng tidak perlu meminta maaf kepada Mustafa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan di ibu pejabat PAS pada pukul 2.30 petang Ahad ini.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban itu dipetik sebagai berkata parti itu akan hanya menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS memberi jaminan Abdul Hadi akan turut serta dalam mesyuarat berkenaan.

PAS dan DAP terpalit dengan perbalahan berhubung pelaksaan hukum hudud di Kelantan dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

– MYNEWSHUB.CC

Presiden PAS Perjelas Isu Pilihan Raya PBT Dan Isu-Isu Semasa 

1 komen

  1. Apa yang bakal berlaku di sebalik mesyuarat Pakatan Rakyat ahad ini adalah permintaan Nuar al jubori supaya pimpinan pas melalui kehadiran hj Hadi menyuruh dan mengarahkan saf saf PAS supaya hadir pada 10hb Feb di Istana Kehakiman bagi memberi tekanan politik peringkat terakhir.Bukanlah agenda di dalam mesyuarat ahad ini untuk membincangkan hala tuju dan isu berbangkit pakatan rakyat tetapi mengumpul ketua ketua pakatan rakyat untuk mendengar lakonan alunan dan rintihan dan keluh kesah yang akan di selang selikan dengan skrip sedih nuar al jubori.Matlamatnya adalah meraih simpati PAS terutamanya.Itulah muslihat nuar al jubori.Pimpinan TGHH bakal masuk perangkap nuar al jubori.Inilah objektif utama.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori