Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedai Foto Era Digital...

KUALA LUMPUR - Sejak gambar digital menjadi popular di negara ini, permintaan untuk...

3 Remaja Mengaku Bersalah...

PETALING JAYA - Tiga remaja lelaki termasuk seorang bawah umur mengaku bersalah di...

Guna Pendekatan Menang-Menang Dalam...

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mempunyai cara tersendiri dalam menangani isu royalti minyak...

Cipta Baju Besi Sebab...

KABUL— Seorang artis muda Afganistan mencetuskan gempar di negaranya apabila mencipta baju besi...

PAS Sokong Persempadanan Semula Kerusi DUN Sarawak

KUALA LUMPUR – PAS mengumumkan sokongan ke atas persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak dari 71 kepada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Zharudin Narudin berkata, persempadanan baharu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dilihat sebagai usaha baik untuk berkhidmat kepada rakyat secara menyeluruh di negeri itu.

“Ini kerana bahagian baharu itu tertumpu kepada kawasan pedalaman kerana penempatan Bumiputera berpusat di kawasan itu.

“Kami berharap selepas ini akan lebih banyak pembangunan di luar bandar khususnya infrastruktur asas akan dibangunkan di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS bersetuju dengan perkara itu berdasarkan kata sepakat ahli parti itu yang mengambil kira aspek pengurusan, perhubungan selain selari dengan penubuhan bahagian atau daerah serta daerah kecil baharu di seluruh Sarawak.


Penambahan 11 kerusi baharu di Sarawak membabitkan Batu Kitang, Stakan, Serumbu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Pakatan Harapan semalam menuduh persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak dari 71 kepada 82 kerusi Dun kononnya untuk menyelesaikan masalah dalaman Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa tanpa pertambahan kerusi itu, BN tidak dapat mengagihkan kerusi kepada parti komponen baharu yang menyertai BN negeri itu pada Disember tahun lepas. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori