Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6.4 Juta Rakyat Mendaftar...

KUALA LUMPUR - Seramai 6.4 juta penduduk sudah mendaftar bagi pengambilan vaksin Covid-19...

Lebuhraya KL-Karak Dibuka Sepenuhnya...

BENTONG - Semua lorong di kedua-dua arah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka kepada...

Petugas Media Berisiko Tinggi...

KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memandang serius insiden...

Malaysian Tigers Kalah Lagi...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen...

PAS Nafi UMNO Tipu Isu Hudud

KUALA LUMPUR – PAS menyelar pihak yang menuduh kononnya parti itu telah ditipu oleh UMNO dalam isu hudud.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, semua pihak sewajarnya menilai dengan terperinci siapa yang sebenarnya menipu PAS dalam isu berkenaan.

“Ada orang tuduh PAS ditipu oleh UMNO kerana Hudud. Kita hendak tanya balik, kalau PAS tidak mahu memperjuangkan Hudud, siapa pula yang tipu PAS?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan sebelum ini mendapat bantahan keras parti-parti pembangkang yang kini menyertai Pakatan Harapan.

Isu itu turut menyebabkan DAP membubarkan Pakatan Rakyat pada Ogos lalu bagi membentuk kerjasama baharu pembangkang bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).


Idris dalam pada itu mempersoalkan tuduhan yang dilemparkan ke atas PAS tersebut seolah-olah menuduh bekas pemimpin PAS turut ditipu oleh UMNO.

Kata beliau, bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusuf Rawa dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor serta bekas Mursyidul Am PAS tidak pernah ditipu kerana sentiasa tegas dalam hal berkenaan.

“Adakah mereka ini juga ditipu oleh UMNO?” soalnya lagi. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori