Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Enggan Buat Spekulasi...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri...

5 Rumah Terbakar, 11...

JOHOR BAHRU – Sebelas penghuni lima buah rumah di Jalan Sekolah Agama, Kampung...

Usno Parti Komponen Baru...

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) hari ini diterima masuk sebagai parti komponen baru...

Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat...

BERSEJARAH... Berita ini mungkin agak kecil, namun ramai penganalisis geopolitik antarabangsa melihat warkah...

PAS Jangan Tawar Kerajaan Perpaduan Di Negeri PH

ALOR SETAR – PAS perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh mengamalkan kerajaan perpaduan di Kelantan dan Terengganu sebelum mencadangkan kepada Kedah dan Perak yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar-benar PAS telus dan ikhlas dengan cadangan tersebut, mereka sepatutnya sudah boleh melaksanakan di kedua-dua negeri yang ditadbir mereka dan tidak perlu menumpukan kepada negeri-negeri lain.

“Saya nak bagi cadangan balas saya jika PAS benar benar ikhlas, mereka boleh melaksanakan terlebih dahulu di Kelantan dan Terenganu, tapi PAS tak pernah menawarkan kepada Barisan Nasional (BN) iaitu pembangkang di sana untuk membentuk kerajaan perpaduan tanpa pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata demikian bagi menjawab masalah berbangkit berkaitan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang daripada PAS ekoran masalah persamaan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PH dan pembangkang hingga timbul masalah pelantikan Speker DUN Kedah yang dibangkitkan PAS baru-baru ini berikutan jumlah kerusi yang sama di kedua belah pihak.

Katanya, PH Kedah bagaimanapun tetap mengambil pendirian menolak kerajaan perpaduan tawaran PAS dan berkeyakinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mampu menyelesaikan masalah berkaitan pelantikan Speker DUN dengan baik bersama pihak pembangkang.

“Pelantikan itu dapat diselesaikan melalui undian yang dibuat di sidang DUN, kalau PAS atau BN ada cadangan nama mereka boleh kemukakan calon speker daripada pembangkang dan PH juga akan kemukakan calon, lalu undian boleh dibuat dan keputusan adalah berdasarkan jumlah undi yang diperoleh,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata, amalan merampas kerajaan pada PRU adalah perkara biasa dan bukan satu kenyataan sombong yang diucapkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahu merampas negeri berkenaan daripada PAS.


“Apa masalah bagi mana-mana parti nak rampas kerajaan daripada pihak yang lain, adakah PAS juga tak berhasrat nak merampas kerajaan dikuasai PH, saya percaya PAS juga tentu ada agenda nak rampas kerajaan PH termasuk kerajaan pusat. PAS perlu lebih berfikiran terbuka lah,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz menggesa kerajaan negeri Kedah pimpinan PH memastikan bekalan air adalah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Katanya, Syarikat Air Darulaman (SADA) perlu mengambil langkah awal dengan pelan pelaksanaan yang berkesan supaya masalah air tidak berulang hingga menyusahkan masyarakat setempat di kawasan-kawasan yang sering berdepan masalah tekanan air rendah.

“Kita tak mau lagi berlaku seperti sebelum ini di mana setiap kali nak raya seminggu atau selepas raya akan ada masalah air dan saya minta kerajaan ambil inisiatif awal agar tidak timbul masalah kepada rakyat. Saya juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menguruskan sampah dengan baik supaya tidak mencemarkan alam sekitar dan menyakitkan mata yang memandang,” katanya. – BERNAMA

Kategori