Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Plaza Tol Di...

ALOR SETAR - Sebanyak lima plaza tol milik PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di...

PAFA Setuju Lantik MB...

IPOH – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebulat suara mencadangkan Menteri...

7,000 Kematian Covid-19 Dalam...

KES kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia menghampiri angka 183,000 setakat awal pagi...

Miliki 2 Cincin Curi,...

PETALING JAYA - Seorang penganggur didenda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah...

PAS Gembira Anak Muhd Riduan Kekal Islam

KUALA LUMPUR – PAS gembira kerana Mahkamah Rayuan mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mereka, Muhd Riduan Abdullah yang sebelum ini sijil penukaran agama mereka dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pujian perlu diberikan kepada Muhd Riduan di atas kesungguhan beliau memelihara akidah anak-anaknya.

“Semoga beliau dan anak-anak beliau terus istiqamah bersama Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti mengekalkan yang kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapa Muslim mereka hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah.

Mahkamah Rayuan menyatakan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pertukaran agama itu, serta membatalkan arahan mahkamah lebih rendah yang mengatakan penukaran agama 3 anak itu kepada Islam adalah tidak sah.

Pada 25 Julai 2013, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Lee Swee Seng mengekalkan keputusan sijil pertukaran agama tiga kanak-kanak, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa sebagai tidak sah.


Ia kerana bapa anak-anak tersebut, Muhammad Riduan Abdullah yang asalnya bernama K. Patmanathan dikatakan menukarkan agama mereka tanpa pengetahuan atau izin isterinya, M. Indira Gandhi.

Nasrudin dalam pada mencadangkan kerajaan terus memperkasakan institusi Mahkamah Syariah di negara ini dengan mengambil peluang daripada keputusan kes tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori