Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shell Malaysia Lahirkan Keyakinan...

KUALA LUMPUR - Shell Malaysia melahirkan keyakinan berterusan pada Malaysia sebagai pasaran penting...

Falkirl Wheel: Satu-Satunya Lif...

TAHUKAH anda, kehebatan teknologi di Scotland membuatkan negara itu berjaya menarik ramai melancong...

Chong Wei Selangkah Lagi...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin...

Siri Setem Khas Sempena...

​KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi siri setem...

Parti Amanah Sindir Kerajaan PAS Kelantan Naik Elaun ADUN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyindir kerajaan PAS Kelantan kerana menaikkan elaun wakil rakyat sedangkan ramainya masih hidup dalam kemiskinan.

Timbalan Ketua Pemuda PAN, Muhammad Faiz Fadzil turut menyindir PAS kerana menaikkan elaun tersebut tetapi rumah mangsa banjir di Kelantan masih belum siap dibina.

“Tahniah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang dinaikkan elaun. Ini bermakna kemiskinan di Kelantan telah berkurangan. Rumah mangsa banjir semuanya telah siap dibina,” sindirnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Sidang DUN Kelantan semalam meluluskan kenaikan antara 10 hingga 43 peratus elaun Menteri Besar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) serta timbalannya, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berkuat kuasa 1 Januari ini.


Kelulusan itu diumumkan oleh Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub selepas menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Ya­kob agar Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 di­pinda.

Keputusan itu juga dibuat se­telah mendapat sokongan sebulat suara kesemua ADUN dalam per­sidangan tersebut termasuk pi­hak pembangkang yang kemudiannya mencadangkan agar elaun wakil rakyat dinaikkan kepada RM11,000. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori