Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ini Respon Iqram Terhadap...

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, Altimet dikatakan ‘bengang’ apabila mendapat tahu bahawa Iqram...

Pekerja Syabas Dakwa Dipukul...

BULAN lalu, negara digemparkan dengan gelagat adik beradik 'pendekar cangkul' yang mencederakan kakitangan Syarikat...

113 Peneroka Bukit Cerakah...

SHAH ALAM – Seramai 113 peneroka di bawah Rancangan Revolusi Hijau Peringkat II...

Jumpa 263 Syiling Dan...

MENGEJUTKAN. Pakar bedah yang merawat seorang lelaki terkejut apabila menemui 263 syiling dan...

Parlimen Kanada Sebulat Suara Kutuk Trump

OTTAWA – Parlimen Kanada sebulat suara mengutuk serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Justin Trudeau oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Anggota Parlimen turut memberi persetujuan sebulat suara bagi menyokong usul membabitkan keluli dan aluminium negara itu yang berdepan tekanan tarif dari Amerika Syarikat, selain sistem pengurusan bekalan yang menyokong sektor utama pertanian.

Semua anggota Parlimen turut menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap tindakan yang diambil oleh Kerajaan Kanada ke atas serangan lisan oleh Trump terhadap Trudeau.

Usul itu dibentangkan oleh pihak pembangkang New Democrats, juga menolak ‘kenyataan sama yang dikeluarkan oleh pegawai kanan Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan hubungan dua hala’ antara kedua-dua negara’.

Semalam, penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro dilaporkan berkata: “Terdapat tempat yang istimewa di neraka untuk Trudeau kerana amalan diplomasinya yang teruk dengan Trump.”

Kenyataan Navarro itu dikeluarkan ketika perselisihan perdagangan antara kedua-dua negara semakin memuncak.


Sementara itu, Trudeau dilaporkan tidak menghadiri sidang Parlimen semalam, kerana mempunyai acara ‘peribadi’.

Perdana Menteri Kanada itu mengambil sikap berdiam diri sejak Trump menggelarnya sebagai ‘sangat tidak jujur dan lemah’, selain bertindak menarik diri daripada menyokong Kumpulan Tujuh (G7), yang mengadakan sidang kemuncaknya di Quebec, pada Sabtu lalu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori