Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Perlu Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan...

Kemalangan Maut: Pemandu Lori...

SEREMBAN - Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa sepasang...

Penyeludup Ketum Rempuh Kereta...

TANAH MERAH - Seorang anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) cedera di tangan...

PRK PD: Calon Bebas...

PORT DICKSON - Seawal pagi tadi, calon wanita tunggal bagi Pilihan Raya Kecil...

Pandangan Tun Mahathir Tidak Lagi Relevan

TUARAN – Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi relevan kerana ia lebih kepada kepentingan peribadinya, kata Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Madius Tangau.

“Pandangan beliau tidak lagi relevan dan berdasarkan kepentingan peribadi sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas UPKO di Tamparuli dekat sini, hari ini.

Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Madius berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berbentuk rasuah dan pemberiannya salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata sejak dilaksanakan pada 2012, BR1M terbukti dapat membantu golongan berpendapatan rendah.

“Jika dulu (bantuan diberi) dalam bentuk subsidi. Kali ini, kerajaan buat bersasaran, dengan BR1M disasarkan kepada golongan B40. Bagaimana pula ia dikatakan rasuah,” katanya.


Mengenai majlis rumah terbuka itu, Madius gembira kerana rakyat pelbagai kaum di Sabah khususnya di daerah Tuaran kaum dapat bersama-sama meraikan perayaan itu.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri majlis itu termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Serusup Datuk Hajiji Noor dan Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori