Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Larian UMNO: 7 Kuda...

KEPALA BATAS - Tujuh kuda menyambut Sang Saka Bangsa di atas Jambatan Merdeka...

Tular Suspek Kes Bunuh...

JOHOR BAHRU - Polis Johor meminta orang ramai menghentikan perbuatan menularkan maklumat kononnya...

Pakatan Harapan P.Pinang Sokong...

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini menzahirkan sokongan penuh dan...

Terbang Ihsan Bawa Budak...

GUA MUSANG - Hujan lebat yang merosakkan perhubungan darat di Kampung Piyel, Pos...

PAN Sindir PAS Jangan Istiqamah Pada Parti

KUALA LUMPUR – Jangan istiqamah kepada parti sebaliknya istiqamah kepada Islam, kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang.

Beliau berkata demikian bagi menyindir parti PAS yang sering menggunakan kalimah itu untuk menghalang ahlinya keluar parti bagi menyertai PAN.

“Kita dalam PAN golongan yang istiqamah dengan islam. Istiqamah dengan parti tidak dituntut,” katanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

Ahmad menegaskan, PAN ditubuhkan berdasarkan fahaman sesebuah parti politik cuma salah satu daripada jemaah Islam.

Beliau memberi contoh, ramai ahli gerakan tersohor umat Islam, Ikhwanul Muslimin pernah meninggalkan gerakan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, bekas ahli Ikhwanul Muslimin terbabit tidak dituduh pengkhianat Islam oleh gerakan berkenaan.

Malah, katanya, mereka yang keluar Ikhwanul Muslimin itu juga tidak dituduh berdarah kafir.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tersingkir dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu bagi menyertai Pakatan Harapan.


Pemimpin PAS terbabit tersingkir daripada jawatan masing-masing selepas gagal mendapat sokongan majoriti perwakilan PAS.

Majoriti ahli PAS melihat pemimpin terbabit terlalu taksub kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas pemimpin PAS terbabit turut dilihat sering tunduk kepada desakan-desakan DAP terutama berkaitan isu akidah.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori