Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rapid KL Bakal Mencetuskan...

KUALA LUMPUR - Rapid KL bakal mencetuskan 'drama' melalui satu pergaduhan dalam tren...

Laporan Penuh Dividen LTAT...

KUALA LUMPUR - Laporan kewangan penuh berhubung dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)...

Set Hidangan Bento Paling...

NIKKO - Sebuah restoran Jepun kini menawarkan set hidangan bento paling mahal di...

Kantoi Curi Lembu, Kereta...

KEPALA BATAS - Dua lelaki gagal mencuri dua lembu apabila tindakan mereka disedari penduduk...

PAN Minta Rakyat Pulau Pinang Tabah Hadapi Banjir

PULAU PINANG – Wanita Parti Amanah Negara (PAN) meminta penduduk Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan supaya tabah menghadapi bencana banjir besar yang sedang melanda negeri itu.

Pengarah Komunikasinya, Anfaal Saari berkata, Wanita PAN mengikuti perkembangan tragedi banjir di Pulau Pinang dengan penuh debar dan doa serta HARAPAN agar bencana itu berakhir dan pulih seperti sedia kala.

“Dalam keadaan getir seperti ini, saya mendoakan supaya penduduk dan keluarga mereka yang terlibat dilindungi keselamatan oleh Allah.

‘Dalam pada itu, penduduk juga dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko yang membahayakan nyawa dengan meredah kawasan banjir, sebaliknya cari segera tempat perlindungan sementara menunggu keadaan reda dan pulih,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang dikecam teruk oleh rakyat berikutan banjir besar yang melanda Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu.


Ia berikutan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 memberi jaminan pembangkang mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh sepenggal sahaja jika menjadi kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori