Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Luahan ‘Sweet’ Anak Joy...

USAHAWAN ini pernah mengejutkan industri tanah air apabila sah bercerai dengan penyanyi, Hafiz...

UPP Perlis Rampas 63...

PADANG BESAR - Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis merampas 63 ekor tenggiling yang...

Ahmad Bashah Makin Pulih...

GEORGETOWN - Tahap kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Murid Orang Asli Teruja...

JELI - Sebanyak 132 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rual di...

PAN Khadam DAP! – PAS

KUALA KANGSAR – PAS mengingatkan semua penyokongnnya bahawa Parti Amanah Negara (PAN) merupakan khadam kepada DAP dalam Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, banyak bukti menunjukkan PAN khadam DAP dan terbaru dalam isu billboard di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Katanya, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, PAN turut menaikkan billboard bagi memfitnah PAS dan kemudian DAP akan melindungi perbuatan jahat mereka.

“Cara sama juga digerakkan DAP pada kempen PRN Sarawak baru-baru ini. PAN kononnya tidak tahu menahu. Apa maknanya? Bukti bahawa PAN itu khadam DAP adalah benar,” katanya kepada pemberita hari ini.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpinnya yang bertindak keluar parti selepas disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan PAS tahun lalu.

Mereka ditolak perwakilan PAS kerana didapati terlalu mengikuti telunjuk DAP serta taksub kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat seorang lelaki lain yang merupakan pembantu peribadinya. – MYNEWSHUB.CC

#PRKSUNGAIBESAR #PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori