Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Betul Ke Rita Rudaini...

Ingatkan pertelingkahan antara pelakon sensasi Rita Rudaini dan bekas suaminya, pemain bola sepak...

Pinjam Buku Secara Digital...

Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sudah sedia popular dan diketahui umum bagi mendapatkan buku-bulu fizikal...

Selepas Tewaskan Sekutu China,...

PERDANA Menteri India, Narendra Modi pada Isnin mengumumkan bantuan sebanyak AS$1.4 bilion kepada...

59 Tan Sampah Dikutip...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 58,847 kilogram (kg) sampah telah dikutip dari sungai-sungai sekitar...

PAN Cuma Fikir Untung Rugi Politik! – PAS

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) berfikiran sempit dan hanya hanya memikirkan untung rugi politik parti semata-mata walaupun sering mendakwa sebagai sebuah parti Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, perkara itu terbukti melalui kenyataan dangkal Naib Presiden PAN, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengkritik Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad.

“Kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar (Mujahid) menempelak pandangan Mufti Wilayah mengenai rang undang-undang (RUU) 355 sangat dangkal. Saya sarankan Mujahid meneliti semula pandangan mufti dan tidak gopoh dalam membuat kenyataan berbaur paranoid.

“Jangan terlalu berfikiran sempit dengan hanya memikirkan untung rugi politik parti. Asasnya kita semua (umat Islam) wajib menyokong dan bersama-sama memperbaiki jika terdapat kekurangan teknikal dan prosedurl,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mujahid yang mewakili PAN semalam mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan supaya tidak menggunakan kedudukan dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.

Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini menyebut adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam di negara ini menyokong usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui pembentangan RUU355.


Nasrudin berkata, isu RUU355 bukan politiking kepartian tetapi hasrat umat Islam untuk memperkasakan taqnin Syari’ah dan Mahkamah Syari’ah di Malaysia.

“Tanpa merujuk kepada aspek legislatif pun, sekurang-kurangnya menyokong tekad untuk mentaqninkan Syari’ah di Malaysia adalah satu kewajiban bagi mereka yang beriman.

“Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang mufti, sudah pasti pendapat yang dilontarkannya mengambilkira kepentingan agama dan umat Islam seluruhnya,” jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan Mujahid sebagai seorang Ahli Parlimen beragama Islam perlu mempunyai roh untuk memartabatkan Islam dalam konteks legislatif. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori