Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Enam Sekeluarga Maut Dalam...

KEMAMAN - Enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok...

Boleh Keluar Akaun 1...

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kehilangan pekerjaan, diberi...

Kekalkan Perpaduan, Rasa Kekitaan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengajak seluruh rakyat...

Warga Emas Hilang Semasa...

BINTULU - Seorang warga emas yang mencari udang sejak tiga hari lepas di...

Palanivel Sahkan Akan Berjumpa PM Minggu Depan

CAMERON HIGHLANDS – Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung krisis parti itu minggu depan.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata perjumpaan tersebut akan diadakan secara tertutup membabitkan beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, bagi menyelesaikan kemelut parti itu.

“Saya tidak akan komen apa-apa lagi sekarang…tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hamper bersempena Tahun Baharu Cina kepada ketua bahagian MCA dan Gerakan di Casa De Le Rosa di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam yang akan memanggil kedua-dua pemimpin MIC itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan terkini krisis parti berkenaan.

Ini merupakan kali kedua Najib, yang juga Pengerusi BN, memanggil mereka selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pemimpin pada awal bulan ini.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas (Pendaftar Pertubuhan) Ros membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga Naib Presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.


Melalui surat bertarikh 5 Disember 2014, Ros mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan, termasuk peringkat cawangan dan bahagian, bermula April hingga Julai ini bagi mengelak pembatalan pendaftaran parti itu.

Ahmad Zahid berkata Ros membuat keputusan itu bagi memastikan isu pertikaian dalam pemilihan barisan kepimpinan MIC dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Semalam, Palanivel meminta Ros menarik balik surat yang dihantar kepada MIC sejak krisis parti itu bermula dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap badan berkenaan jika gagal berbuat demikian. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ae70wAd3g5c

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori