Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Beragama Islam Antara...

PIHAK polis Perancis mengesahkan salah seorang anggota mereka yang terkorban dalam serangan tembakan...

Peroleh Kontrak RM100 Juta...

PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden) mengumumkan Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak...

Biar Benar.. Guan Eng...

KUALA LUMPUR - DAP meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan...

APAD Rancang Sektor Pembangunan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan entiti baharu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)...

Pakatan Harapan Tanya Apa Lagi Melayu Mahu?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mempersoalkan apa lagi yang kaum Melayu mahukan di negara ini.

Pemimpinnya yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad mengemukakan persoalan itu kerana berang tidak ramai Melayu memberi sokongan kepada pembangkang.

Katanya, kaum Melayu mesti meninggalkan UMNO untuk memastikan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) merampas pemerintahan negara ini.

Beliau turut menghasut kaum Melayu supaya meninggalkan UMNO dengan mendakwa Allah S.W.T telah menyediakan Pakatan Harapan untuk mereka.

“Kerajaan tidak akan berjaya ditukar tanpa berlakunya anjakan sokongan Melayu dari UMNO kepada pihak yang lain sedangkan Melayu tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Apa lagi Melayu mahu sebelum berani berubah? Apa alasan yang munasabah untuk Melayu terus ketakutan sedangkan keperluan untuk perubahan telah Allah sediakan,” dakwanya seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini.


Khalid dalam pada itu mendakwa kononnya kaum Melayu tidak perlu berasa khuatir jika Pakatan Harapan memerintah negara kerana ada pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan seperti Mohamad Sabu untuk mempertahankan kepentingan mereka.

Beliau turut menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Salahuddin Ayub, Azmin Ali, Dr. Siti Mariah, Nurul Izzah Anwar, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Hatta Ramli kononnya akan mempertahankan hak kaum Melayu jika Pakatan Harapan memerintah Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori