Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

442 Ditahan Bagi Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan negara telah menahan 442  orang di bawah kesalahan berkaitan keganasan dan...

Hubungan Kuwait-Malaysia Istimewa, Banyak...

KUALA LUMPUR – Hubungan Malaysia dan Kuwait yang terjalin sejak 47 tahun lepas...

Wanita Kejam Ikat Anak...

POLIS kini sedang memburu seorang ibu yang kejam, yang sanggup mengikat anaknya yang...

Bomba Dipanggil Bawa Keluar...

Kuala Lumpur - Mayat seorang pemandu teksi yang meninggal dunia di rumahnya di...

Pakatan Harapan Minta Siasat Isa Samad

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut disiasat berhubung kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta.

Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) turut mendesak Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Samad meletak jawatan jika gagal melakukan `reformasi’ ke atas agensi itu.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mendakwa, kejadian penyelewangan itu berlaku sejak 2014 iaitu semasa Mohd. Isa menjadi Pengerusi Felda.

“Saya ingin mempersoal apa yang Mohd Isa buat sepanjang menerajui agensi kerajaan itu? Adakah beliau selaku pengerusi langsung tidak mengetahui penyelewengan sebesar itu berlaku?

“Sehubungan itu, PAN menggesa satu siasatan menyeluruh dibuat ke atas pengurusan kewangan Felda termasuk semasa di bawah pentadbiran Mohd Isa,”kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan lima kakitangan Felda termasuk dua pegawai kanan agensi itu ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta.


Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, penahanan lima kakitangan Felda membuktikan prestasi lembaga tersebut dikuasai oleh budaya yang tidak berintegriti dan telus.

“Felda perlu memecat pihak yang mempunyai salah laku bagi
memulihkan ketelusan organisasi daripada pihak yang tiada integriti,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori