Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zahid Arah Polis P.Pinang...

BALIK PULAU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan...

Google, Microsoft Sedia Kongsi...

KUALA LUMPUR - Syarikat gergasi teknologi, Google dan Microsoft Corporation sedia berkongsi kepakaran...

Penampakan Entiti Seram Dalam...

MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas...

6 Sebab Kenapa Anda...

HARI Kopi Antarabangsa sebenarnya disambut pada 29 September setiap tahun.Banyak kebaikan minuman berkafein...

Padah Salam 3 Jari, 5 Pelajar Ditahan Junta Tentera Thai

BANGKOK – Jika di Indonesia, rakyatnya biasa dengan simbol salam 3 jari yang dipopularkan Presiden Joko Widodo atau mesra disapa Jokowi yang membawa maksud Persatuan Indonesia iaitu prinsip ketiga rukun negara ideologi Pancasila Indonesia.

Namun lain pula hal di Thailand, gara-gara menunjukkan salam 3 jari, lima pelajar ditahan pihak tentera semasa lawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha ke wilayah kubu kuat pembangkang atau dikenali pergerakan Baju Merah di Khon Kaen semalam.

Pemerintah polis wilayah timur laut Thai itu, Jitjaroon Srivanit berkata, beberapa pegawai kerajaan segera membawa keluar kumpulan pelajar tersebut dari kawasan perhimpunan semasa Prayut berucap dengan penduduk pada program turun padang kali pertama itu.

Mereka cuba mengibarkan baju T memaparkan ayat Tolak rampasan kuasa dalam bahasa Thai dan menunjukkan salam 3 jari dipetik dari filem terkenal Hollywood, The Hunger Games merujuk simbol popular bermaksud menentang pemerintahan rejim junta tentera.


“Lima pelajar ini diserahkan kepada pegawai polis tempatan dan kami menyerahkan mereka kepada pihak tentera di sebuah kem askar berdekatan untuk tindakan selanjutnya kerana ia bukan kes jenayah tetapi lebih kepada tindakan berbaur antitentera,kata Jitjaroon.

Peguam hak asasi manusia, Sasinan Thamnithinan berkata, tentera memberi pilihan kepada pelajar terbabit menandatangani akujanji tidak terlibat aktiviti politik pembangkang atau dibuang fakulti undang-undang Universiti Khon Kaen, tempat pengajian mereka.

Prayut merampas kuasa daripada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra pada Mei lalu bagi menamatkan pertempuran jalanan hampir tujuh bulan antara Baju Merah yang menyokong bekas pemimpin Thaksin, abang Yingluck dengan penentangnya, Baju Kuning. – Agensi

Berbeza dengan salam 3 jari di Indonesia yang dipopularkan Presiden Jokowi, rakyat Thailand pula dilarang menunjukkan salam 3 jari yang membawa maksud menentang pemerintahan junta tentera. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori